Home

Followers

Sunday 27 November 2011

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (viii)

Bahasa Malaysia-Tahun 2 (vii)

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (vi)

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (v)

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun / Tahap : 2B / Tahap 1 
Bilangan murid : 36 orang
Umur : ± 8 tahun
Tarikh : 4 . 7 . 2011
Masa : 10.20 - 11.20 am (60minit)
Tema : Mari bersukan
Tajuk : Larian Muhibah


Objektif : 
Pada akhir pelajaran murid dapat :
(i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul .
(ii) Menjawab sekurang-kurang 3 soalan tentang teks yang betul .
(iii) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul .


Fokus Utama : 
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajjuk dengan menggunakan kata , istilah , frasa , struktur ayat yang betul , dan laras bahasa yang sesuai . ( Aras 1 (i) )


Fokus Sampingan : 
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca .
Aras 2 (ii) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekaan pada intonasi berdasarkan tanda baca .


8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk .
Aras 2 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk .


Pengetahuan Sedia Ada : 
Murid-murid telah biasa dengan latihan tentang susun semula frasa menjadi ayat yang betul .


Sistem Bahasa : 
(i) Tatabahasa : -
(ii) Kosa Kata : -


Pengisian Kurikulum : 
(i) Ilmu : Moral
(ii) Nilai : Semangat Berpasukan , Cermat , Menumpukan Perhatian , Kerjasama


Kemahiran Bernilai Tambah : 
KB : Mengelas
Konstruktivisme


Bahan Bantu Mengajar : 
Mainan magnet , Buku Teks , lembaran kerja , Buku Latihan dan Aktiviti

 Set induksi


1. Guru memperlihatkan mainan magnet yang menunjukkan "Ciri-ciri Muka "


2. Guru bersoal tentang gambar .


3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran .



Langkah 1


1. Murid-murid diminta mengeluarkan buku teks ( ms70 )

2. Murid-murid diminta membaca secara senyap terlebih dahulu .


3. Murid secara sukalela diminta bangun dan membaca petikan dengan sebutan dan intonasi  
    yang betul .


4. Guru menerangkan teks .


5. Murid disebut nama untuk menerangkan petikan semula .


6. Guru membetulkan dan menambahbaikkan penerangan murid sekirannya terdapat 
    kesalahan dalam penerangan .


7. Guru bersoal tentang petikan .


8. Murid disebut nama untuk menjawab.


9. Murid diminta menjawab dengan jawapan yang lengkap dan suara yang kuat.


Langkah 2

1. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan Dan Aktiviti ( ms78 )


2. Murid diminta membaca latihan secara senyap.


3. Murid diberi kebenaran untuk menanya maksud perkataan yang tidak faham.


4. Guru memberi penerangan bagi setiap soalan.


5. Murid diberi kebenaran untuk membuat latihan.


6. Guru mengingatkan murid supaya membuat latihan susun perkataan menjadi ayat yang betul
    ini mengikut perkara penting yang guru telah menerangkan.


7. Guru memeriksa dan memberi dorongan.
 


Langkah 3

1. Murid dibahagi kepada 6 kumpulan .


2, Setiap kumpulan diberi sehelai lembaran kerja .

Lembaran Kerja
Nama:                         (    )
Susun perkataan- perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
         1)     lambang    @   Bendera Malaysia   @   ialah   @   negara kita
                                                                                                                                                                            .
         2)     Nama    @   Jalur Gemilang   @   ialah   @   bendera Malaysia
                                                                                                                                                                            .
                                                                                                                                                                            .
        @  mempunyai  @  yang
                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                            .
                                                                                                                                                                            .
                                                                                                                                                                            .
3. Murid diminta membaca soalan mengikut kumpulan secara senyap .


4. Murid diberi kebenaran untuk membuat perbincangan bagi mendapatkan jawapan yang 
    betul.


5. Guru memeriksa 1 kumpulan demi 1.


6. Guru membetulkan jawapan murid sekiranya terdapat kesalahan susunan perkataan.


7. Wakil kumpulan diminta bangun dan membaca jawapan.


8. Guru membetulkan jawapan murid dan memberikan dorongan.


Penutup : 

1. Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini .
     Soalan:
     i. Apakah yang kamu pelajari hari ini ?
       Susun perkataan menjadi ayat yang betul .

2. Guru membuat rumusan tentang tajuk pelajaran pada hari ini .


3. Guru membuat penutup sosial . 


6)     dihormati  @  semua rakyat Malaysia  @  Bendera Malaysia  @ oleh
5)     berkibar   @  Jalur Gemilang  @  di  @  udara
4)     anak bulan   @  bintang pecahan 14  @  dan  @  berwarna kuning  @  Bendera Malaysia 
3)    Bendera Malaysia   @  14jalur  @  putih  @  dan  @  mempunyai  @  berwarna  @  yang  @  merah 

Bahasa Malaysia - Tahun 2 ( iv )

Tahun / Tahap : 2 Kuning / Tahap 1
Bilangan murid : 36 orang
Umur :  ± 8 tahun
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 8.00-9.00am ( 1jam )
Tema : Mari Bersukan
Tajuk : Larian Muhibah

Objektif :
Pada akhir pelajaran , murid-murid dapat :
(i) Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
(ii) Menerangkan maklumat petikan teks dengan menggunakan kata, istilah, frasa ,
     struktur ayat yang betul.
(iii) Menjawab sekurang-kurang 3 soalan tentang petikan teks ( Larian Muhibah ) .
(iv) Merujuk kamus untuk mencari makna bagi sekurang-kurang 4 perkataan.

Fokus Utama :
3.1 ) Menyampaikan maklumat tentang sesuatu  perkara atau tajuk dengan menggunakan
         kata , istilah , frasa , struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 1(i) Mengenal pasti frasa dan ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Fokus Sampingan :
6.1 ) Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji
         termasuk maklumat daripada internet.
Aras 1 (i) Merujuk kamus untuk meneliti ejaan yang betul.
1.2 ) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (ii) Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah biasa dengan merujuk kamus untuk meneliti ejaan betul.



Set Induksi

1. Guru memperlihatkan gambar ( Pelancaran Satu Murid Satu Sukan - Larian Perdana )




2. Guru bersoal tentang gambar.

Soalan :
1. Apakah aktiviti yang ditunjuk dalam gambar ?
    Larian Perdana yang diadakan pada 12 Febuari 2011.
2. Murid-murid adakah kamu diwajib hadir pada hari Sabtu itu ?
    Ada.
3. Mengapakah kamu semua diwajib hadir ?
    Untuk menyertai Larian Perdana ( Program 1 Murid 1 Sukan )

3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.


Langkah 1

1. Guru memperlihatkan slaid powerpoint ( petikan teks ).


2. Murid diminta membaca secara senyap terlebih dahulu .

3. Guru menyebut nama murid untuk bangun dan membaca petikan teks dengan kuat serta
    sebutan dan intonasi yang betul.

4. Guru membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan yang
    dilakukan.


Langkah 2
1. Guru menanda beberapa perkataan pada slaid powerpoint .


2. Guru menerang tentang kata dasar bagi beberapa perkataan yang mempunyai imbuhan.



3. Murid dibahagi kepada 6 kumpulan.

4. Murid diedar sehelai kertas yang mengandungi 8 perkataan.

8 Perkataan :
→ Iklan
→ Berminat
→ Menyertai
→ Pertandingan
→ Menarik
→ Menanti
→ Kategori
→ Jarak

5. Guru memberitahu aktiviti ini sebagai 1 pertandingan.

6. Murid diingatkan supaya bersama-sama merujuk kamus untuk mendapat makna bagi 
    kelapan-lapan perkataan.

7. Guru memberitahu murid, kumpulan yang paling cepat dan dengan makna perkataan yang 
    paling tepat adalah juara dalam pertandingan ini.


Langkah 3

1. Guru menerangkan petikan teks dan syarat-syarat pertandingan.



2. Murid secara sukarela diminta bangun dan menerangkan petikan teks dan syarat-syarat
    pertandingan dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik
    dan jelas.

3. Guru membetulkan dan menambahbaikkan penerangan murid sekiranya terdapat kesalahan
    dalam penerangan.

4. Guru bersoal tentang petikan teks dan syarat-syarat pertandingan.

5. Murid disebut nama untuk menjawab.

6. Murid diminta menjawab dengan kuat dan jawapan yang lengkap.






Langkah 4
1. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan dan Aktiviti m/s 76.

2. Guru menerangkan maklumat yang terkandung dalam borang.

3. Guru dan murid berbincang bersama-sama lalu mengisi borang tersebut.


Penutup

1. Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini.
    Soalan :
                 i. Apakah yang kamu pelajari hari ini ?
                    Larian Muhibah
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk pelajaran pada hari ini.

3. Murid diberi arahan oleh guru untuk menyalin perkataan yang telah merujuk kamus ke 
    dalam Buku Tulisan 1.

4. Guru membuat penutup sosial .

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (iii)

Tahun / Tahap : 2 Kuning / Tahap 1
Bilangan murid : 36 orang
Umur : ± 8 tahun
Tarikh : 27 JUN 2011
Masa : 10.20 - 11.20 am (60minit)
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Permainan Rakyat


Objektif :
Pada akhir pelajaran , murid-murid dapat : 
(i) Menceritakan langkah permainan " cari cucu " mengikut urutan . 
(ii) Membaca 5 lima langkah permainan " cari cucu " dengan sebutan dan intonasi yang betul . 
(iii) Menerangkan maksud 5 lima ayat yang dibaca . 
(iv) Membina 5 ayat majmuk dengan Kata Hubung : dan , atau , sambil .


Fokus Utama : 
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas .
Aras 2 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul .


Fokus Sampingan : 
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat . 
Aras 2 (i) Menjelaskan maksud ayat yang diberikan . 
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk . 
Aras 2 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk .


Pengetahuan Sedia Ada : 
Murid-murid telah biasa dengan penggunaan kata hubung : dan , atau , sambil .


Sistem bahasa : 
Tatabahasa : Kata Hubung
Kosa kata : dan , atau , sambil


Pengisian Kurikulum : 
(i) : Ilmu : Kajian Tempatan
(ii) : Nilai : Menghargai , bertolak-ansur


Kemahiran Bernilai Tambah : 
(i) Kemahiran Berfikir : Menyusun
(ii) TKP : Muzik , kinestetik


Bahan Bantu Mengajar : 
Komputer riba , projektor , slaid power point


Set induksi


1. Guru mengemukakan lirik "Cari Cucu".




2. Guru memimpin murid-murid supaya membaca lirik dengan sebutan dan intonasi yang betul.


3. Murid secara sukalera diminta bangun dan membaca lirik "Cari Cucu".


4. Guru mengaitkan akvitivi dengan tajuk pelajaran .


Langkah 1


1. Guru memperhatikan gambar dan langkah bermain " Cari Cucu ".


2. Guru menerangkan langkah satu demi satu.










3. Murid secara sukalela diminta bangun dan menerangkan langkah bermain " Cari Cucu " mengikut urutan dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan intonasi yang baik dan jelas.



Langkah 2
1. Guru membawa murid ke dewan . 


2. Guru mengingati murid-murid supaya tidak membuat bising .


3. Murid-murid dibahagi kepada 3 kumpulan .


4. Guru memimpin murid bermain permainan " Cari Cucu " satu kumpulan demi satu .


5. Murid bermain sambil mengingat balik langkah permainan " Cari Cucu "


6. Guru membetulkan kesalahan murid sekiranya terdapat semua bermain .



Langkah 31. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan dan Aktiviti (ms71)


2. Murid diminta membaca secara senyap terlebih dahulu .


3. Murid diminta membaca arahan latihan dengan kuat serta sebutan dan intonasi yang betul . 


4. Guru memesan murid membuat latihan ms71 dengan teliti .


5. Guru memantau secara mengeliling antara murid .


6. Guru memastikan semua murid telah menyiapkan latihan .


7. Guru membuat perbincangan dengan murid tentang latihan yang berkaitan cara bermain  "Cari Cucu"



Langkah 4


1. Guru memperlihatkan slaid power point tentang beberapa ayat .


2. Murid diminta membaca ayat yang dipamer dengan kuat serta sebutan dan intonasi yang betul .


3. Guru menerangkan penggunaan Kata Hubung berdasarkan contoh ayat yang diperlihat.


4. Guru bersoal tentang slaid power point .


5. Murid diminta membina ayat dengan Kata Hubung seperti : dan, atau, sambil .

6. Guru membetulkan kesalahan murid sekiranya terdapat kesalahan ayat .



Penutup


1. Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini .
   
Soalan :
i. Apakan yang kamu pelajaran hari ini ?
    Cara bermain " Cari Cucu " , Kata Hubung ( dan , atau , sambil )


ii. Nyatakan cara bermain " Cari Cucu " mengikut urutan ?
    1. Pilih seorang pemain untuk menjadi " nenek "
    2. Tutup mata dengan kain .
    3. Pegang tangan untuk membentuk bulatan .
    4. Pemain menyanyikan lagu " Cari Cucu " sambil berpusing-pusing mengelilingi " nenek " .
    5. Nenek " menangkap " cucu dan meneka namanya .

2. Guru membuat rumusan tentang tajuk pelajaran pada hari ini .


3. Murid diberi arahan oleh guru untuk membuat latihan dalam Buku Latihan dan Aktiviti (ms72) sebagai kerjarumah hari ini .


4. Guru membuat penutup sosial .







Saturday 26 November 2011

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (ii)

Tahun / Tahap : Tahun 2 / Tahun 1
Bilangan murid : 36 orang
Umur : ± 8 tahun
Tarikh : 24 Jun 2011
Masa : 8:00 - 9:00 am ( 1jam )
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Permainan Rakyat


Objektif :
Pada akhir pelajaran , murid-murid dapat :
(i) Bercerita tentang permainan rakyat yang diketahui .
(ii) Membina empat ayat tunggal tentang permainan rakyat .
(iii) Membaca setiap nama permainan rakyat dan menerangkan cara bermain .
(iiii) Membaca kuat nama permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul .


Fokus utama :
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas .
Aras 2 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul .


Fokus sampingan :
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk .
Aras 2 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk .
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat .
Aras 2 (i) Menjelaskan maksud ayat yang diberikan .


Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah biasa dengan bermain permainan rakyat seperti cari cucu dan ting-ting bulan .


Sistem bahasa : 
(i) Tatabahasa : Kata nama am
(ii) Kosa kata : permainan rakyat , gasing , congkak


Pengisian kurikukum : 
(i) Ilmu : Kajian Tempatan
(ii) Nilai : Menghargai , bertolak-ansur


Kemahiran Bernilai Tambah : 
(i) Kemahiran Berfikir : menyusun
(ii) TKP : muzik , kinestetik


Bahan bantu mengajar : 
Buku teks , gasing , batu seremban , congkak , Buku latihan dan Aktiviti , lembaran kerja


Set Induksi
1. Guru bersoal.
Soalan :
1. Murid-murid pernahkan kamu bermain di dewan ?
    Ya.
2. Bilakah kamu bermain di dewan ?
    Pada waktu rehat.
3. Bolehkah kamu namakan permainan rakyat itu?
    Ting-ting bulan.
4. Adakah kamu semua minat bermain permainan itu ?
    Tidak.


Langkah 1

1. Guru membawa murid-murid ke dewan.

2. Guru mengingatkan murid-murid jangan membuat bising dan berkumpul di hujung dewan.

3. Murid-murid dibahagi kepada 3 kumpulan.

4. Ketiga-tiga kumpulan murid berdiri mengelilingi tapak bermain ting-ting bulan.

5. Guru bersoal dan memilih murid untuk berjawab.

6. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.



Langkah 2

1. Guru mengemukakan gambar permainan rakyat ( Buku Teks 61 )

2. Murid diminta membaca permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid secara sukarela diminta bangun dan membaca setiap nama permainan rakyat.

4. Guru membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan
     yang dilakukan.



Langkah 3

1. Murid secara sukarela memberi penjelasan tentang permainan rakyat yang dibaca.

2. Guru memberi bantuan kepada murid yang sedang membuat penjelasan supaya
    lebiah mudah difahami.

3. Guru mempamerkan mainan seperti : congkak , gasing dan batu seremban.

4. Beberapa orang murid diminta keluar untuk membuat tunjukkan cara bermain
    permainan tersebut.

5. Guru mengingatkan murid-murid yang tidak dapat peluang untuk membuat tunjukkan
     jangan kecewa.

6. Guru mengingatkan lagi murid tentang murid diberi kebenaran untuk meminjam permainan
    rakyat tersebut daripada Cikgu Liong pada waktu rehat.


Langkah 4

1. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan dan Aktiviti ( m/s 69 ).

2. Murid diminta membaca secara senyap tersebih dahulu.

3. Murid diminta membaca arahan latihan dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Penutup
1. Murid membuat kesimpulan berpandu soalan yang dikemukan oleh guru..
Soalan:
1. Apakah yang telah kamu pelajari hari ini ?
    Permainan Rakyat.
2. Namakah permainan rakyat yang dipelajari pada hari ini.
    Gasing , Congkak , Cari cucu , Batu seremban , galah panjang , ting-ting bulan



  

SAINS- Menyiasat Alam Fizikal ( Isipadu Cecair)

Tarikh                          :           18 Mei 2011 ( Rabu )
Masa                            :           60 minit
Kelas                           :           4 Hijau
Objektif Pembelajaran :          Mengukur Isipadu Cecair Menggunakan Alat-alat Pengukuran Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran      :           Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
                                              i.  menyenaraikan alat pengukuran bukan piawai yang digunakan untuk   menyukat isipadu cecair
                                             ii.  menjelaskan alat pengukuran bukan piawai tidak sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair
                                            iii.membandingkan isipadu 1 jag air dan 1 botol air menggunakan alat-alat pengukuran bukan piawai yang berlainan
                                            iv.mengira dan  mencatatkan jumlah cawan kopi/mangkuk/gelas yang boleh diisi dengan air di dalam 1 jag dan 1 botol

Pendekatan P& P        :           Pembelajaran Inkuirin Penemuan
Kaedah                        :           Mengeksperimen
KPS                             :           Berkomunikasi,  Meramal, Menginferens, Mengeksperimen,  Membina hipotesis, Mengawal  Pemboleh ubah
KMS                           :           i.  Guna dan kendali alat
BBM                           :           Jag, botol, cawan, mangkuk, gelas, kad gambar bekas, kad aktiviti, kad tugasan dan komputer


PERANCANGAN P&P:
Set Induksi
1.Guru dengan menggunakan kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air.
2.Guru bersoal-jawab:
a.       Apakah fungsi-fungsi bekas-bekas ini?
b.      Berdasarkan gambar, senaraikan alat pengukuran bukan piawai yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair.


Pencetusan idea

1.Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan alat pengukuran bukan piawai.
Contoh : Botol mineral, cawan, tin cola, jag, gelas, mangkuk
2.Guru meletakkan 1 botol dan 1 jag yang hampir sama saiznya di atas meja. Guru menyoal murid.
a.       Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak?
3. Murid diminta menganggarkan 1 jag air dan 1 botol air bersamaan berapa jumlah gelas yang boleh diisi.
Soal-jawab:
a.       1 jag air bersamaan dengan berapa gelas air?
b.      1 botol air bersamaan dengan berapa gelas air?
c.       Jelas adakah alat pengukuran bukan piawai sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair?
4.Guru menunjukkan cara yang betul menuangkan air ke dalam gelas.
      a.   Letakkan gelas di atas permukaan yang rata.
b.    Perlahan ke dalam gelas supaya tidak tumpah.
      c.  Guru ingatkan murid yang tumpah air boleh mempengaruhi bacaan sebenar air di dalam bekas.


Penstrukturan semula idea
1.Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2.Guru menyediakan 3 stesen.
3.Pada setiap stesen diletakkan 1 jag air dan 1 botol air dan alat menyukat yang berbeza-beza. Contohnya seperti di bawah: 
STESEN 1
Beberapa biji mangkuk

STESEN 2
Beberapa biji cawan

STESEN 3
Beberapa biji gelas

4.Di setiap stesen guru meletakkan kad tugasan yang mengandungi tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.
KAD TUGASAN
STESEN 1
a.Isi air di dalam jag ke dalam mangkuk.
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.

KAD TUGASAN
STESEN 2
a.Isi air di dalam jag ke dalam cawan
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.


KAD TUGASAN
STESEN 3
a.Isi air di dalam jag ke dalam gelas.
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.

5.Guru mengedarkan kad aktiviti kepada setiap kumpulan.
   KAD AKTVITI ( Kumpulan 1/2/3)
STESEN 1
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________ mangkuk.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan __________mangkuk.

STESEN 2
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________cawan.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan __________cawan.

STESEN 3
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________gelas.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan__________gelas.
Aplikasi idea
1.Ketua kumpulan diminta melaporkan hasil berdasarkan tugasan yang diberi, iaitu jumlah isipadu air di dalam jag dan botol bersamaan dengan berapa cawan/mangkuk/gelas?
2.Guru menyoal:
a.       Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak? ( jag / botol )
b.      Alat penyukat yang manakah boleh mengisi air dengan banyak? ( mangkuk / cawan / gelas)
c.       Alat penyukat yang manakah boleh mengisi air dengan kurang?  ( mangkuk / cawan / gelas)


Refleksi
1.Murid menonton sebuah video pendek melalui komputer.



2.Murid-murid membuat kesimpulan:
# Bekas yang besar boleh mengisi lebih banyak air dan sebaliknya.
# Kuantiti / sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama.
# Alat pengukuran bukan piawai tidak sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair.