Home

Followers

Thursday 24 November 2011

BAHASA MALAYSIA-Tahun 2 ( i )

Tahun / Tahap : 2 Kuning / Tahap 1
Bilangan Murid : 36 orang
Umur :  ± 8 tahun
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa : 10.20-11.20am (60minit)
Tema : Warisan Kita - Dodol
Tajuk : Dodol

Objektif :
Pada akhir pelajaran murid dapat : 
 (i)  Menceritakan sesuatu mengikut urutan.
(ii)  Menjawab soalan tentang teks secara bertatasusila.
(iii) Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks.

Fokus Utama : 
2.1 ) Bercerita dengan menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonasi yang
         baik dan jelas.
Aras 1 (i) Bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan pelbagai ayat
                yang betul.       

Fokus Sampingan :
7.1 ) Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 (i) Menyatakan maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang diberikan.
1.2 ) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (i) Mengemukakan pelbagai soalan untuk mendapatkan respons.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah biasa tentang langkah membuat dodol.

Sistem Bahasa :
(i) Tatabahasa : Kata Ganda
(ii) Kosa Kata : bersama-sama , bergilir-gilir , bersambung-sambung , berkilat-kilat

Pengisian Kurikulum :
(i) Ilmu : Kajian Tempatan
(ii) Nilai :Gotong-royong

Kemahiran Bernilai Tambah :
(i) Kemahiran berfikir : membuat inferens
(ii) Kontekstual

Bahan Bantu Mengajar :
Kad perkataan , Komputer riba , Projektor , Latihan tubi , buku teks , buku latihan dan aktviti



SET INDUKSI

1.Guru menayangkan filem tentang cara membuat dodol.
2.Guru mengingatkan murid supaya menonton dengan teliti.



3.Guru bersoal tentang filem yang ditayangkan.
   Soalan :
   ( i ) Namakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol
         Tepung pulut, gula pasir, gula Melaka, santan, air .
   ( ii ) Bagaimanakah keadaan dodol yang telah masak ?
         Berwarna coklat, berkilat-kilat dan liat .


LANGKAH 1

1. Guru mengemukakan petikan teks ( slaid powerpoint ) secara 1 perenggan demi satu .

   (a)  Rekod Dodol Terpanjang :
        
    Sekolah Zaki telah mangadakan aktiviti memasak dodol. Ibu bapa daripada pelbagai kaum bersama-sama menjayakan projek itu . Projek itu diketuai oleh Encik Zahid Ahmad , Guru Besar ekolah Zaki.

    Ramuan seperti tepung pulut , gula pasir dan gula Melaka diagihkan kepada 20 kumpulan . Setiap ahli kumpulan bergilir-gilir mengacau dodol sejak pukul 8.30 pagi . Semua peserta bermandi peluh mengacau dodol itu .

   Selepas tujuh jam dikacau , dodol pun masak berwarna coklat , berkilat-kilat dan liat , dan diletakkan di dalam bekas yang disusun secara memanjang dan bersambung-sambung.

  Encik Zahid Ahmad mengukur dodol itu . Panjangnya 50 meter. "Kita berjaya ! Kita berjaya mencipta rekod dodol terpanjang di sekolah ini." Para peserta dan orang ramai yang hadir bersorak gembira.

2. Murid diminta untuk membaca petikan mengikut perenggan yang telah dikemukakan
    oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul .

3. Murid secara sukarela diminta bangun dan membawa petikan secara kuat
    mengikut perenggan.

3.  Beberapa orang murid yang secara sukarela menyambung bacaan rakan.

4.  Guru akan membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan
     yang dilakukan.

5.  Guru mengemukakan beberapa perkataan yang telah ditanda warna dan bersoal
     tentang maksud perkataan tersebut.


LANGKAH 2

1. Guru menerangkan sifat kata ganda dan memberi beberapa contoh perkataan.

2. Guru mengemukakan petikan mengikut perenggan semula.

3. Murid diminta supaya mencari kata ganda berdasarkan petikan.

4. Setiap murid akan mencatat kata ganda yang dicari berdasarkan petikan dalam
    buku tulisan yang disediakan oleh guru .
     Kata Ganda:
     ~ bersama-sama
     ~ bergilir-gilir
     ~ berkilat-kilat
     ~ bersambung-sambung

5. Guru menyemak jawapan yang ditulis oleh murid .

6. Setelah semua murid sudah siap mencari kata ganda, guru meminta seorang murid
    dari setiap kumpulan masing-masing keluar dan membaca kata ganda yang dicari .

7. Guru mengemukakan contoh ayat bagi setiap kata ganda dan menerangkan maksud
    kata ganda.
     a. bersama-sama
      Contoh ayat:
¨  Cuti sekolah yang lalu, Ani bersama- sama keluarganya melancong ke Pulau Pangkor.
¨  Zen bermain bola sepak di padang bersama- sama kawan baiknya.
b. bergilir-gilir
Contoh ayat:
¨  Murid- murid menaiki bas dengan bergilir- gilir.
¨  Murid- murid bratur dan bergilir- gilir membeli makanan di kantin.

c. berkilat-kilat
Contoh ayat:
¨  Badan ikan emas berwarna jingga dan berkilat- kilat.
¨  Tingkap yang telah digelap oleh saya kelihatan berkilat- kilat.
d. bersambung-sambung
Contoh ayat:
¨  Murid- murid berkumpul di dewan mengikut kelas secara bersambung- sambung dari darjah 1 hingga darjah 6.

LANGKAH 3
1. Murid diminta membaca soalan pemahaman pada <Buku Latihan dan Aktiviti>
    muka surat 68.
2. Guru memastikan semua murid memahami semua soalan pemahaman dalam buku latihan.
3. Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang soalan pemahaman dengan merujuk
    buku teks muka surat 60 .
4. Setiap wakil kumpulan berdiri dan mengemukakan jawapan mereka secara bergilir-gilir.
5. Guru memastikan jawapan murid adalah sesuai dan betul .
6. Murid diminta menyiapkan latihan masing-masing .
7. Guru membimbing beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab dengan jawapan
    yang betul .

PENUTUP
1. Murid menonton slaid power point tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih 
   dodol.


2. Guru membuat penutup sosial .

2 comments:

  1. Asalamualaikum sebenarnyakita x blh post vid atau gambar orang yg x ttp aurat walaupun dia muslim atau bkn muslim

    ReplyDelete