Home

Followers

Saturday 26 November 2011

Bahasa Malaysia - Tahun 2 (ii)

Tahun / Tahap : Tahun 2 / Tahun 1
Bilangan murid : 36 orang
Umur : ± 8 tahun
Tarikh : 24 Jun 2011
Masa : 8:00 - 9:00 am ( 1jam )
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Permainan Rakyat


Objektif :
Pada akhir pelajaran , murid-murid dapat :
(i) Bercerita tentang permainan rakyat yang diketahui .
(ii) Membina empat ayat tunggal tentang permainan rakyat .
(iii) Membaca setiap nama permainan rakyat dan menerangkan cara bermain .
(iiii) Membaca kuat nama permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul .


Fokus utama :
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas .
Aras 2 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul .


Fokus sampingan :
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk .
Aras 2 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk .
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat .
Aras 2 (i) Menjelaskan maksud ayat yang diberikan .


Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah biasa dengan bermain permainan rakyat seperti cari cucu dan ting-ting bulan .


Sistem bahasa : 
(i) Tatabahasa : Kata nama am
(ii) Kosa kata : permainan rakyat , gasing , congkak


Pengisian kurikukum : 
(i) Ilmu : Kajian Tempatan
(ii) Nilai : Menghargai , bertolak-ansur


Kemahiran Bernilai Tambah : 
(i) Kemahiran Berfikir : menyusun
(ii) TKP : muzik , kinestetik


Bahan bantu mengajar : 
Buku teks , gasing , batu seremban , congkak , Buku latihan dan Aktiviti , lembaran kerja


Set Induksi
1. Guru bersoal.
Soalan :
1. Murid-murid pernahkan kamu bermain di dewan ?
    Ya.
2. Bilakah kamu bermain di dewan ?
    Pada waktu rehat.
3. Bolehkah kamu namakan permainan rakyat itu?
    Ting-ting bulan.
4. Adakah kamu semua minat bermain permainan itu ?
    Tidak.


Langkah 1

1. Guru membawa murid-murid ke dewan.

2. Guru mengingatkan murid-murid jangan membuat bising dan berkumpul di hujung dewan.

3. Murid-murid dibahagi kepada 3 kumpulan.

4. Ketiga-tiga kumpulan murid berdiri mengelilingi tapak bermain ting-ting bulan.

5. Guru bersoal dan memilih murid untuk berjawab.

6. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.



Langkah 2

1. Guru mengemukakan gambar permainan rakyat ( Buku Teks 61 )

2. Murid diminta membaca permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid secara sukarela diminta bangun dan membaca setiap nama permainan rakyat.

4. Guru membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan
     yang dilakukan.



Langkah 3

1. Murid secara sukarela memberi penjelasan tentang permainan rakyat yang dibaca.

2. Guru memberi bantuan kepada murid yang sedang membuat penjelasan supaya
    lebiah mudah difahami.

3. Guru mempamerkan mainan seperti : congkak , gasing dan batu seremban.

4. Beberapa orang murid diminta keluar untuk membuat tunjukkan cara bermain
    permainan tersebut.

5. Guru mengingatkan murid-murid yang tidak dapat peluang untuk membuat tunjukkan
     jangan kecewa.

6. Guru mengingatkan lagi murid tentang murid diberi kebenaran untuk meminjam permainan
    rakyat tersebut daripada Cikgu Liong pada waktu rehat.


Langkah 4

1. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan dan Aktiviti ( m/s 69 ).

2. Murid diminta membaca secara senyap tersebih dahulu.

3. Murid diminta membaca arahan latihan dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Penutup
1. Murid membuat kesimpulan berpandu soalan yang dikemukan oleh guru..
Soalan:
1. Apakah yang telah kamu pelajari hari ini ?
    Permainan Rakyat.
2. Namakah permainan rakyat yang dipelajari pada hari ini.
    Gasing , Congkak , Cari cucu , Batu seremban , galah panjang , ting-ting bulan



  

No comments:

Post a Comment