Home

Followers

Sunday 27 November 2011

Bahasa Malaysia - Tahun 2 ( iv )

Tahun / Tahap : 2 Kuning / Tahap 1
Bilangan murid : 36 orang
Umur :  ± 8 tahun
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 8.00-9.00am ( 1jam )
Tema : Mari Bersukan
Tajuk : Larian Muhibah

Objektif :
Pada akhir pelajaran , murid-murid dapat :
(i) Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
(ii) Menerangkan maklumat petikan teks dengan menggunakan kata, istilah, frasa ,
     struktur ayat yang betul.
(iii) Menjawab sekurang-kurang 3 soalan tentang petikan teks ( Larian Muhibah ) .
(iv) Merujuk kamus untuk mencari makna bagi sekurang-kurang 4 perkataan.

Fokus Utama :
3.1 ) Menyampaikan maklumat tentang sesuatu  perkara atau tajuk dengan menggunakan
         kata , istilah , frasa , struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 1(i) Mengenal pasti frasa dan ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Fokus Sampingan :
6.1 ) Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji
         termasuk maklumat daripada internet.
Aras 1 (i) Merujuk kamus untuk meneliti ejaan yang betul.
1.2 ) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (ii) Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah biasa dengan merujuk kamus untuk meneliti ejaan betul.



Set Induksi

1. Guru memperlihatkan gambar ( Pelancaran Satu Murid Satu Sukan - Larian Perdana )




2. Guru bersoal tentang gambar.

Soalan :
1. Apakah aktiviti yang ditunjuk dalam gambar ?
    Larian Perdana yang diadakan pada 12 Febuari 2011.
2. Murid-murid adakah kamu diwajib hadir pada hari Sabtu itu ?
    Ada.
3. Mengapakah kamu semua diwajib hadir ?
    Untuk menyertai Larian Perdana ( Program 1 Murid 1 Sukan )

3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.


Langkah 1

1. Guru memperlihatkan slaid powerpoint ( petikan teks ).


2. Murid diminta membaca secara senyap terlebih dahulu .

3. Guru menyebut nama murid untuk bangun dan membaca petikan teks dengan kuat serta
    sebutan dan intonasi yang betul.

4. Guru membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan yang
    dilakukan.


Langkah 2
1. Guru menanda beberapa perkataan pada slaid powerpoint .


2. Guru menerang tentang kata dasar bagi beberapa perkataan yang mempunyai imbuhan.



3. Murid dibahagi kepada 6 kumpulan.

4. Murid diedar sehelai kertas yang mengandungi 8 perkataan.

8 Perkataan :
→ Iklan
→ Berminat
→ Menyertai
→ Pertandingan
→ Menarik
→ Menanti
→ Kategori
→ Jarak

5. Guru memberitahu aktiviti ini sebagai 1 pertandingan.

6. Murid diingatkan supaya bersama-sama merujuk kamus untuk mendapat makna bagi 
    kelapan-lapan perkataan.

7. Guru memberitahu murid, kumpulan yang paling cepat dan dengan makna perkataan yang 
    paling tepat adalah juara dalam pertandingan ini.


Langkah 3

1. Guru menerangkan petikan teks dan syarat-syarat pertandingan.



2. Murid secara sukarela diminta bangun dan menerangkan petikan teks dan syarat-syarat
    pertandingan dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik
    dan jelas.

3. Guru membetulkan dan menambahbaikkan penerangan murid sekiranya terdapat kesalahan
    dalam penerangan.

4. Guru bersoal tentang petikan teks dan syarat-syarat pertandingan.

5. Murid disebut nama untuk menjawab.

6. Murid diminta menjawab dengan kuat dan jawapan yang lengkap.






Langkah 4
1. Murid diminta mengeluarkan Buku Latihan dan Aktiviti m/s 76.

2. Guru menerangkan maklumat yang terkandung dalam borang.

3. Guru dan murid berbincang bersama-sama lalu mengisi borang tersebut.


Penutup

1. Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini.
    Soalan :
                 i. Apakah yang kamu pelajari hari ini ?
                    Larian Muhibah
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk pelajaran pada hari ini.

3. Murid diberi arahan oleh guru untuk menyalin perkataan yang telah merujuk kamus ke 
    dalam Buku Tulisan 1.

4. Guru membuat penutup sosial .

No comments:

Post a Comment