Home

Followers

Saturday 26 November 2011

SAINS- Menyiasat Alam Fizikal ( Isipadu Cecair)

Tarikh                          :           18 Mei 2011 ( Rabu )
Masa                            :           60 minit
Kelas                           :           4 Hijau
Objektif Pembelajaran :          Mengukur Isipadu Cecair Menggunakan Alat-alat Pengukuran Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran      :           Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
                                              i.  menyenaraikan alat pengukuran bukan piawai yang digunakan untuk   menyukat isipadu cecair
                                             ii.  menjelaskan alat pengukuran bukan piawai tidak sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair
                                            iii.membandingkan isipadu 1 jag air dan 1 botol air menggunakan alat-alat pengukuran bukan piawai yang berlainan
                                            iv.mengira dan  mencatatkan jumlah cawan kopi/mangkuk/gelas yang boleh diisi dengan air di dalam 1 jag dan 1 botol

Pendekatan P& P        :           Pembelajaran Inkuirin Penemuan
Kaedah                        :           Mengeksperimen
KPS                             :           Berkomunikasi,  Meramal, Menginferens, Mengeksperimen,  Membina hipotesis, Mengawal  Pemboleh ubah
KMS                           :           i.  Guna dan kendali alat
BBM                           :           Jag, botol, cawan, mangkuk, gelas, kad gambar bekas, kad aktiviti, kad tugasan dan komputer


PERANCANGAN P&P:
Set Induksi
1.Guru dengan menggunakan kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air.
2.Guru bersoal-jawab:
a.       Apakah fungsi-fungsi bekas-bekas ini?
b.      Berdasarkan gambar, senaraikan alat pengukuran bukan piawai yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair.


Pencetusan idea

1.Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan alat pengukuran bukan piawai.
Contoh : Botol mineral, cawan, tin cola, jag, gelas, mangkuk
2.Guru meletakkan 1 botol dan 1 jag yang hampir sama saiznya di atas meja. Guru menyoal murid.
a.       Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak?
3. Murid diminta menganggarkan 1 jag air dan 1 botol air bersamaan berapa jumlah gelas yang boleh diisi.
Soal-jawab:
a.       1 jag air bersamaan dengan berapa gelas air?
b.      1 botol air bersamaan dengan berapa gelas air?
c.       Jelas adakah alat pengukuran bukan piawai sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair?
4.Guru menunjukkan cara yang betul menuangkan air ke dalam gelas.
      a.   Letakkan gelas di atas permukaan yang rata.
b.    Perlahan ke dalam gelas supaya tidak tumpah.
      c.  Guru ingatkan murid yang tumpah air boleh mempengaruhi bacaan sebenar air di dalam bekas.


Penstrukturan semula idea
1.Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2.Guru menyediakan 3 stesen.
3.Pada setiap stesen diletakkan 1 jag air dan 1 botol air dan alat menyukat yang berbeza-beza. Contohnya seperti di bawah: 
STESEN 1
Beberapa biji mangkuk

STESEN 2
Beberapa biji cawan

STESEN 3
Beberapa biji gelas

4.Di setiap stesen guru meletakkan kad tugasan yang mengandungi tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.
KAD TUGASAN
STESEN 1
a.Isi air di dalam jag ke dalam mangkuk.
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.

KAD TUGASAN
STESEN 2
a.Isi air di dalam jag ke dalam cawan
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.


KAD TUGASAN
STESEN 3
a.Isi air di dalam jag ke dalam gelas.
b.Catatkan pemerhatian kamu di dalam kad aktiviti yang disediakan.
c.Ulangi langkah dengan air di dalam botol pula.

5.Guru mengedarkan kad aktiviti kepada setiap kumpulan.
   KAD AKTVITI ( Kumpulan 1/2/3)
STESEN 1
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________ mangkuk.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan __________mangkuk.

STESEN 2
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________cawan.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan __________cawan.

STESEN 3
i  . Jumlah isipadu air di dalam jag bersamaan dengan __________gelas.
ii . Jumlah isipadu air di dalam botol bersamaan dengan__________gelas.
Aplikasi idea
1.Ketua kumpulan diminta melaporkan hasil berdasarkan tugasan yang diberi, iaitu jumlah isipadu air di dalam jag dan botol bersamaan dengan berapa cawan/mangkuk/gelas?
2.Guru menyoal:
a.       Bekas yang manakah boleh mengisi air dengan banyak? ( jag / botol )
b.      Alat penyukat yang manakah boleh mengisi air dengan banyak? ( mangkuk / cawan / gelas)
c.       Alat penyukat yang manakah boleh mengisi air dengan kurang?  ( mangkuk / cawan / gelas)


Refleksi
1.Murid menonton sebuah video pendek melalui komputer.



2.Murid-murid membuat kesimpulan:
# Bekas yang besar boleh mengisi lebih banyak air dan sebaliknya.
# Kuantiti / sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama.
# Alat pengukuran bukan piawai tidak sesuai digunakan untuk menyukat isipadu cecair.

No comments:

Post a Comment