Home

Followers

Saturday, 26 November 2011

SAINS-Menyiasat Alam Fizikal ( Isipadu)

Tarikh                          :           11 Mei 2011 ( Rabu )
Masa                            :           60 minit
Kelas                           :           4 Hijau
Objektif Pembelajaran :          Memahami konsep isipadu
Hasil Pembelajaran      :           Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
i.   Menerangkan konsep isipadu
ii.  Menyatakan dua jenis objek yang mempunyai isipadu
iii. Menunjukkan objek yang mempunyai isipadu

Pendekatan P& P        :           Pembelajaran Inkuirin Penemuan
Kaedah                        :           Mengeksperimen
KPS                             :           Berkomunikasi,  Memerhati   
KMS                           :           i.  Guna dan kendali alat
BBM                           :           kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar,    
                                                kotak pensel, daun, bola dan komputer


Set Induksi
1.Murid diminta mengeluarkan satu objek yang boleh mengisi benda daripada beg sekolahnya.
2.Guru bersoal-jawab:
a.       Apakah yang kamu keluarkan ini?
b.      Apakah benda yang boleh diisi ke dalam objek yang kamu keluarkan?
c.       Objek yang siapa pamerkan   paling besar?
d.      Objek yang siapa pula paling kecil?


Pencetusan idea
1.Berdasarkan soalan-soalan  tersebut, guru mengaitkan dengan konsep isipadu.
2.Murid dibimbing menerangkan konsep isipadu.
3.Setiap murid diminta memberi dua contoh objek yang mempunyai isipadu.


Penstrukturan semula idea
1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.Murid melawat persekitaran sekolah dan membuat pemerhatian objek-objek di sekeliling mereka.
3.Murid merekodkan objek-objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka lalu mencatatkan kedalam kad tugasan yang diberi oleh guru.
4.Ketua kumpulan diminta menyatakan objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka.


Aplikasi idea
1.Guru meletakkan kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar, kotak pensel, daun dan bola di atas meja.
2.Guru menyoal:
    a. Berdasarkan objek-objek yang dipamerkan, objek manakah mempunyai isipadu?
3.Murid diminta melukis objek-objek tersebut di buku amali.

Refleksi

1.Murid menonton sebuah video pendek melalui komputer.
video

2.Murid-murid membuat kesimpulan:
# Isipadu sebagai besarnya  sesuatu ruang
# Isipadu ialah kuantiti untuk ruang yang diisi.

No comments:

Post a Comment